Friday, November 13, 2009

Melekat di KL Sentral, Nov 12, 2009

Aku tiba lebih awal di KL Sentral dari pejabat ku di PJ. Tetapi awal tidak bermakna aku mampu menaiki keretapi ku dan balik ke rumah lebih awal dari biasa. Aku bagaikan rusa masuk kampong terpingga-pingga memikirkan apa harus ku lakukan. Melalui kaca-kaca yang menjadi diding di sekeliling aku lihat hari makin gelap bukan di sebabkan kegelapan malam tetapi langit yang berat mahu mencurahkan air yang ditakung. Keputusan untuk aku sudah dibuat kerena sia-sia sahaja jika aku turun menunggu keretapi yang pasti akan menjadi tin ikan sardin. Aku terus belegar mencari tempat yang sesuai untuk melepak. Pilihan pertama aku adalah SwissGarden yang menjual scone kegemaran ku dan juga mempunyai pancaran wifi yang agak kuat dan stabil. Malangnya apabila tiba di kaunter scone tidak kelihatan di rak-rak jualan. Aku dapati juga sistem jaringan internet di KL Sentral seperti di pagi hari yang tidak berfungsi kecuali jaringan wifi MRCB. Aku terus naik ke tingkat dua dengan tujuan ke Dunkin Donat tetapi setelah aku melepasi tangga mengubah haluan ku ke Medan Selera di tingkat 3. Satu keputusan yang kurang tepat kerana di situ tidak terdapat sumber elektrik yang boleh digunakan. Aku terus turun semula ke tingkat 2 dan mengambil keputusan untuk berlabuh di KFC.

Dengan secawan kopi berserta gentang goreng aku terus mengeluarkan komputer riba ku. Di meja kiri dan kanan juga terdapat dua manusia seperti aku yang sudah ketagih, tekun melayari alam maya. Oleh kerena cuaca di luar agak muram ramai yang mengunjungi tempat makanan segera seperti KFC untuk menunggu. Aku perhatikan riak-riak manusia di sekeliling ku dan memutuskan bahawa KFC bukan lagi Restoran tetapi tempat kekasih bercumbu, kawan bertemu dan berbual, ruang mesyuarat dan ruang melayari internet. Ketagihan ku akhirnya diselamatkan oleh kedatangan waktu maghrib.

KTMB terus menguji kesabaran ku yang makin menipis setiap hari. Kononnya keretapi rosak. Kami tidak lagi ikan sardin tetapi menjadi tuna hancur untuk dimakan dengan roti. Mungkin dosa kami semasa kecil tidak memberi peluang untuk orang lain menaiki upeh pinang yang ditarik laju. Ataupun menyorok upeh supaya tidak ada orang lain yang boleh menggunakannya. Apa jua dosa kami KTMB tidak wajar terus menghukum. Tren terhenti di stesen Seputeh dan kemudain pemandu tren merayau melalui pembesar suara ’Sayang tolong tutup pindu nombor dua di gerabak nombor dua sayang’. Terus muka-muka lesu dan menyampah di dalam gerabak gelak ketawa riang. Seketika tiada bunyi pindu ditutup dan sekali lagi pemandu tren bersuara dengan nada agak keras tapi bersahaja ’Kalau pindu tak tutup kita tak boleh jalan la’. Kemudain baru pindu tersebut berjaya ditutup dan sekali lagi dengan nada keras dan bersahaja ’ Haa macam tu laaaa’ Terus kedengaran .gelak riang yang lebih kuat di dalam gerabak. Setidak-tidaknya pemandu tersebut telah berjaya mengubah fisiologi ku. Mungkin lebih ramai pemandu tren komuter berperangai sedemikian rupa untuk menceriakan keadaan yang sudah lama muram.

No comments:

THE NEW BOOKSTORE IN TOWN The first Tsutaya Books, like Kinokuniya (Kino), is another Japanese bookstore I admire. It is Japan’s largest boo...