Friday, November 6, 2009

Di Perut Gerabak Keretapi, Nov 5, 2009

Lamunan ku tidak begitu menjadi pada hari ini. Sebaik sahaja aku tiba di tempat menunggu kegemaranku aku terus membuka komputer rba ku untuk cuba berkarya. Seperti selalu aku mula mengelamun untuk cetusan ide tetapi malangnya hari ni, walaupun dengan galakan keadaan di sekeliling yang agak sunyi, aku gagal. Selalunya lamunan yang baik terus membuahkan hasil. Tidak hari ini. Mungkin di sebabkan pemikiranku yang masih berkecamuk oleh permasalahan kerja yang harus ku tangani. Malahan minggu ku yang meletihkan dijangka sambung menyambung membawa ke hujung minggu dan ke hujung tahun.

Sekali sekala pandangan ku lontarkan ke kanan cuba melihat keretapi yang tidak sampai-sampai. Perumpamaan seperti menanti buah yang tidak gugur cukup wajar diubah kepada seperti menanti kepala keretapi yang tak muncul-muncul tiba. Lambat atau cepat sudah tidak ku perdulikan. Aku tetap dengan hal sendiri. Munculnya setengah jam kemudian tidak mebawa perubahan kepada kebanyakan pemumpang. Muka-muka lesu terus memenuhi ruang yang ada sehingga ke stesen KL Sentral. Muka-muka lesu ini juga terus malap di sepanjang perjalanan ku. Malahan kepala si gadis di sebelah ku longlai hampir mencecah di bahu. Bangla di depan ku terlopong seolah mendongak menanti lalat dan angau. Ingin ku tolak takut terus tersungkur ke bawah. Hendak ku biarkan aku sungguh tidak selesa.dan segan di perhati ramai. Sungguh, ampun, benar sedikit pun tidak ku sukai.

Ooiii! Bond bangun la! Ko cerita apa ni? Sejak bila ko jadi Mat Jiwang-jiwang ni? Nak muntah aku baca tau?

Terpulanglah nak kata apapun kata la tetapi itulah cerita sebenarnya yang berlaku pada diri ku hari ini.

Eh! korang jangan lupa malam ni malam Jumaat. Baca yasin, ngaji dan sembahyang tahajud. Anak-anak pun ramai nak periksa ni tolong doakan.

2 comments:

aliff muhammad said...

Salam,

Che Bond,

Biasalah tu, idea bila diri tertekan dan penat jarang mahu keluarnya kecuali wartawan yang sememangnya ditekan untuk mengeluarkan idea :)

Take a break if you must he!he!....

~Yours Truly~ said...

En Ghaz, walaupun anda ketandusan idea utk menulis, anda masih mampu menulis dan hasilnya sangat baik..selalu2lah menulis dlm BM :)