Saturday, September 4, 2010

Ramadhan ini

Hari sudah makin singkat tetapi aku masih memerlukannya
Tidak puas dan tidak cukup kerana kelalaian ku yang sudah-sudah
Dosa ku terhadap Mu amat banyak dan berat membuatkan aku merasa apa yang aku lakukan selama ini tidak mampu menebusnya.
Walau pun dengan dugaaan demi dugaan yang Kau beri
Aku bersyukor aku redha
Dan aku masih ingin bermohon kepada Mu
Akan kesejahteraan buat ku sekeluarga
Aku berharap berakhirnya Ramadhan merupakan permulaan yang lebih baik
Untuk melangkah kehadapan melawan arus
Mematahkan duri-duri serta halangan yang ada
Supaya kami menjadi
Lebih bersyukor
Lebih redha
Lebih tabah untuk menhadapi apa jua yang Kau berikan
Ramadhan ini aku nantikan
Ramadhan ini aku rintihkan pemergiannya
Ramadhan ini aku berharap
Mendapat keberkatan, keredhaan, kesempurnaan dan keampunan
Ramadhan ini akan terus berlalu
Ketibaan mu semula akan terus ku nanti

Salam eidil fitri untuk semua
Maaf zahir dan bathin

THE NEW BOOKSTORE IN TOWN The first Tsutaya Books, like Kinokuniya (Kino), is another Japanese bookstore I admire. It is Japan’s largest boo...