Wednesday, October 28, 2009

Di Perut Gerabak Keretapi, Oct. 27, 2009

Aku mungkin dilihat seperti mengelamun atau termenung jauh memikirkan sesuatu semalam. Hakikatnya aku duduk teruja di hapadan ahli-ahli panel bukan bangsa Melayu yang fasih bertutur di dalam Bahasa Melayu. Hari ini aku teruja sekali lagi dengan bacaan bait-bait puisi yang indah lagi mengasyikkan. Secara kebetulan tetamu undangan kami, Prof Siti Zainon Ismail, membawa bersamanya naskah-naskah tulisannya untuk dipamer dan dibeli jika berminat. Di antara naskah-naskah tersebut adalah sebuah antologi puisi yang mempunyai judul kecil Dari Stesen Ke Stesen. Dengan pinjaman RM oleh sahabat yang hadir bersama senaskah antalogi itu menjadi milikku. Ku belek-belek isi kandungan naskah itu dan teruja terus ingin berkarya. Jika kusut, mengelikan, membosankan dan memualkan bahasa ini anggaplah ianya cubaan seorang yang ketandusan ilmu bahasa.

Perjalanan Dekat Tapi Jauh


Saban hari aku meredah hutan yang bernyawa atau tidak
Dengan harapan keikhlasan menjadi lumrah
Berbagai telah ku alami dan rasai
Namun aku tetap kebal dengan kerenahnya
Sudah enam tahun rupanya

Hutan bernyawa kadang kala sumber hiburan ku
Sumber gurauan ku
Sumber ilham ku
Sumber kedengkelan ku

Hutan besi pula ku sedihi
Tidak mahu memahami
Tidak mahu mengerti
Tidak mahu belajar dari kesilapan lampau maupun terkini
Tetapi aku tetap setia sentiasa menanti
Kerana perjalanan ku yang dekat masih jauh

Diikutkan hati marah ku sudah berkodi
Sudah berguni
Malah baru sebentar tadi pengendali mengingati yang sudah berkali-kali
Di sebabkan masalah teknikal yang menjadi misteri
Aku sudah lali
Sudah 30 minit!!!
Mungkin menjadi 1 jam!!!!
Akurku dan tafakurku masih diuji
Kerana perjalanan ku yang dekat masih jauh

Ragam-ragam itu
Ragam-ragam ini
Tidak ada akhirnya
Ku penuhi dengan melalaikan keraguan yang membuak
Dengan buku-buku yang mengasyikan
Dengan teman setiaku yang diriba
Yang membawa aku jauh meneroka
Kerana minatku, sukaku
Aku akur
Perjalanan ku yang dekat tetap masih jauh

4 comments:

~Yours Truly~ said...

Syabas! Secara jujurnya saya tidak sangka sama sekali yang en ghaz mampu menulis dengan begitu baik dlm bahasa ibunda kita :)..maaf atas kekhilafan saya terhadap en ghaz esp ttg bahasa...hehehehe..jgn mareeee..

namun begitu, saya juga ingin secara jujur memberi standing ovation utk en ghaz atas karya kali ini..that was damn good :)..sekalung tahniah sekali lagi!

Bahasa Jiwa Bangsa!

Alyaa Abdul Rahman said...

That was really you, especially when it comes to "Diikutkan hati marah ku sudah berkodi
Sudah berguni"...niceee!!!

Alyaa Abdul Rahman said...

btw ni faiz tau, alyaa tu mmg copycat i

Ghaz said...

Ave, Faiz. Terima kasih akan ku jadi ayat-ayat galakan untuk lebih berbahasa.