Friday, December 4, 2009

On The Train (Oh Keretapi Ku Laju), Dec 3, 2009

Kekalutan dan kekusutan minda terpampang di hadapanku. Manusia masih tidak mahu menggunakan akal yang dikurnia kepada mereka. Mereka beanggapan segala kemudahan yang disediakan adalah haq mutlak mereka untuk menggunakannya sewenang-wenangnya. Kehairananku makin ketara apabila mendapati kekalutan dna kekusutan minda itu terserlah di kalangan mereka yang diketgorikan sebagai berpelajaran tinggi. Adakah ia disebabkan salah didikan, pembelajaran atau keadaan yang membentuk mereka menjadi begini? Aku bimbang akan anak bangsa ku dan kebimbangan aku ini berfakta.

Keretapi yang ku naiki terus meluncur
Menuja arah yang sudah tentu
Malangnya isi perutnya berkocak
Dikocakan oleh manusia
Yang tidak tentu haluan
Yang tidak tenu tujuan
Yang berpelajaran tetapi bodoh
Yang berfikir tapi kalut

Lajunya keretapi membelah malam
Isinya terus gelap
Gelap kepercayaan
Gelap pemikiran
Gelap minda
Gelap masa hadapan

Disetiap perhentian keretapi ku membuang dan menelan
Manusia ganas tidak berperi kemanusiaan
Aku terus keraguan
Risau akan zuriatku yang akan berperang
Ajaran, nasihat dan kelakuanku sebagai sandaran
Mampukah mereka?

Keretapiku begoyang-goyang
Beralun-alun tapi bukan ombak
Isi perutnya yang berkocak akan terus berkocak
Jika perjalananya diurus oleh akal yang ketandusan

Jiwaku terus tidak tenteram
Tidak ....
Tidak ...
Tidak diubati oelh satu ketentuan

Laju pelahan keretapi terus berlalu
Akhirnya kumpulan besi waja yang tidak bernyawa
Meninggalkan terus manusia

No comments:

THE NEW BOOKSTORE IN TOWN The first Tsutaya Books, like Kinokuniya (Kino), is another Japanese bookstore I admire. It is Japan’s largest boo...